Monday, August 31, 2009

merdeka di bulan puasa

aman damai dan sunyi sepi malam tadi. bunga api pun letup sayup-sayup ja malam semalam. tiada "LIVE dari KL" dan aku tidoq awai semalam. bosan. tapi, baguih gak merdeka macam ni. low profile dan penuh keinsafan ( i'm not trying to be alim or what, ok? ).

dulu aku merdeka di bangunan gelap sesak yang dihiasi dengan lampu-lampu yang menjulingkan mata dan disertakan dengan dentuman-dentuman bunyi yang akan membawa aku terbang sekiranya aku pejamkan mata. laungan "Merdeka!" disambut dengan tangan dijulang tinggi memegang minuman berpercent dan semua lapisan kaum disitu ( bukan hanya 3 bangsa tetap saja ) menyambut hari kebebasan dengan bebas sekali ( kata merdeka.. )


memang best.


itu cerita dulu. sekarang aku dah tak layak nak layan. dah tua kot. 

dah. aku nak layan konsert Sudirman sat kat tv3. rare woi....

52 tahun



dah tua rupanya Tanah Melayu ni ( ka muda lagi? ).

Sunday, August 30, 2009

pagi ini amat segar dan bugar..

MAN UTD 2 - 1 arsenal



*apa lagi aku nak cerita?

Saturday, August 29, 2009

rindu...












dah seminggu aku tak hisap benda alah ni walaupun selepas berbuka.. mungkin maghrib ni aku akan bermula semula.

pengetahuan am

taktik mengelak dari malu bila terjatuh

1. kalau tersepak batu - jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian oarng ramai.

2. kalau terjatu basikal - cepat-cepat naik basikal semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak.

3. kalau terjatuh tangga - terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4. kalau terjatuh dalam longkang - buat-buat la pungut sampah yang ada di dalam longkang sambil marah-marah dengan suara yang kuat. baru orang yang lalu lalang ingat anda seorang yang prihatin dengan kebersihan.

5. kalau jatuh ketika naik bas - jeritlah kuat-kuat, " Oi! Apa tolak-tolak ni?" walaupn tiada orang di belakang anda.

6. kalau jatuh di depan bus stop - terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda. kalau tak ada, baring terus sehingga malam dan tiada orang lain di bus stop itu.

sabtu. hari yang cerah (hari ni tak hujan)

pernah terjatuh tergolek di khalayak ramai? 

aku pernah. time tu aku nak p kelas. zaman-zaman U dulu. (baca: UiTM Lendu). nak p kelas kat sana kalau tak berpeluh, memang tak sah. aku tak ingat jarak dari hostel ke kelas jauh mana, tapi kalau nak sampai, kena la berjalan kaki, memanjat dan menurun tangga, melintasi jambatan mini( kira macam penghubung antara hostel dan fakulti la), berjalan kaki lagi dan baru la sampai. senang cakap, kalau kelas pukui 1030 pg, pukui 9.30 kena siap dan stat berjalan. kalau kelas pukui 830 pg, memang tak pegi la. awal sangat. apa gila aku nak berlari p kelas. nanti sampai kelas, peluh meleleh macam orang baru lepas mandi tak lap badan.

ok. pagi tu hujan. tapi hujan tu macam tau-tau ja aku ada kelas, so ngam-ngam berenti time yang memang sesuai untuk bersiap ( aku dah pasang niat nak ponteng la oi ). bila semua dah redi ( termasuk member-member pemalas aku ), kami pun bergerak la secara berkumpulan. semuanya berjalan seperti yang dirancang sehingga aku tiba di tangga pertama sebelum  menurun menuju ke jambatan mini. 

mungkin itu sudah suratan takdir, langkah aku yang pertama memudaratkan aku sehingga aku melakukan aksi gelincir yang selalu kita lihat di taman tema air kat sunway lagoon ( aku tak tau apa nama benda tu, tapi bentuk dia lebih kurang macam papan gelongsor yang ada air. ah, mampuih la ). dengan berbekalkan gelak ketawa kawan-kawan dan senyum sinis passer-by (student lain. ramai sangat pulak time tu. balik dari kelas kot. aduhai... ), aku bangun dengan perasaan berbelah bagi hanya membayangkan bahawasanya aku sebenarnya bermimpi.

dengan perasaan hiba, pilu, duka dan ditambah dengan kebersihan pemakaian aku yang amat meragukan, aku berpatah balik ke hostel ( tukar baju la. gila nak pakai baju p sawah ). sepanjang perjalanan, aku memikirkan sapa untuk persalahkan. hujan, tangga, kasut, kaki aku?

aku terus ponteng kelas. satu hari aku x p kelas. dan malam tu, kawan-kawan aku yang baik hati amat berpuas hati dengan hiburan yang disediakan (courtesy of me ) pagi tadi.

babi.

Friday, August 28, 2009

Ramadan. Day 7.

sedar tak sedar dah seminggu kita posa. dan aku baru sedar yang aku tak pernah ponteng lagi semenjak suku abad aku hidup kat dunia ni (dah tua rupanya aku).dan aku juga sebenarnya baru sedar dari tidoq ni. ngantuk bai. bangun sahoq pukui 5. nak tidoq terlepaih suboh pulak. bila dah terlepaih suboh, terlepas kuliah suboh dari mulut mak aku.seboleh-bolehnya elakkan la sebab mak aku punya kuliah bukannya ada time limit. free of charge (cakap suka hati dan ambik la banyak masa pun).

aku sedar ni pun sebab hari ni hari jumaat. kalau tak pergi, bermula la khutbah jumaat di rumah. kalau kat masjid, boleh sandaq kat dinding lepaih tu lena. kalau kat umah? 

time-time ujan macam ni memang syahdu dan rahmat kalau dapat dipergunakan sebaik mungkin (tidoq la tu).lagipun, bulan posa ni kalau tidoq dapat pahala. bila lagi nak dapat pahala free ni kan. tidoq pulak tu.

ok la. aku pun dah tak tau nak taip apa lagi. aku pun baru sedar aku banyak cerita pasai tidoq rupanya (nampak sangat aku kaki tidoq). 

sekian. lepas jumaat aku memblog balik (kalau aku tak tidoq). 

Thursday, August 27, 2009

satu hari di bulan puasa

kali ini entri serius. aku nak stret foward.

hari ni aku p hospital. time aku taip blog ni, aku baru lepas mandi. aku p hospital bukan sebab aku demam, batuk, selsema, sakit tekak atau lain-lain (macam familiar ja simptom tu. mintak simpang oi!!). aku p sebab melawat orang. nenek aku. bukan nenek aku sangat la. kira macam kakak kepada nenek aku. kira nenek aku jugak la kan. apa-apa ja la.

anyway, nenek aku tu dah nazak. betul-betul nazak. kira macam bertarung dengan nyawa la. dia sedar tapi, bergantung pada alat pernafasan. aku sampai dalam pukul 1230. sebelum sampai kat wad nenek aku, sempat lagi aku cuci mata. lawa-lawa gak pelatih-pelatih hospital kat sini (baca:Seberang Jaya). tapi itu cerita lain.



time aku sampai kat wad nenek (aku  dengan mak bapak aku la), dah ramai berkumpul kat situ. semua adik-beradik jauh aku yang aku sendiri tak pernah kenal dan ambik tau ada. dah macam raya pulak. masuk ja bilik, aku dah rasa semacam. sedih + takut. nenek aku memang tengah tenat. kesian bai aku tengok dia. pakai alat pernafasan, tambah pulak dengan anak-anak dia tengah tenangkan dia, perghh memang sayu. dengar pulak bacaan Yasin berkumandang, memang ingat terus kat Tuhan. Tapi perasaan tu tiba-tiba ja ilang sebab kakak sedara aku yang dah lama berbelas tahun tak jumpa kata aku hensem.. wohoo... terkedu.


apapun, aku lepak kat situ dalam 2 jam (tempoh melawat dah tamat) dan pulang dengan satu kesan di dada. kena bertaubat bai. bulan lain takpa la jadi setan. bulan ini kena berubah la (walaupun aku sedar ini cuma sementara).


ok la. aku nak tidoq jap. sejuk ni.. hujan.

Tuesday, August 25, 2009

serius, aku memang tak tau tulis blog

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Dia sahur pukul tujuh setengah,
Dia berbuka pukul tiga.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh sahur kau sahur,
Suruh puasa kau tak mahu.

Buai laju laju,
Sampai pokok sena,
Apa dalam baju, 
Sebungkus nasi goreng Cina.

Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada kedai bukak pintu belakang,
Gerenti saya datang makan lagi.

Kalau da jarum yang patah, 
Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada orang yang tak puasa,
Mesti dia makan nasik sejuk dalam periuk nasi.

Sekian.

Sunday, August 23, 2009

ahad di bulan puasa..

posa + ujan = syahdu.

 

Saturday, August 22, 2009

Ramadan. Day 1.

orang kata, ambik berkat.




















-lg sejam setengah nak bukak... huih.