Friday, August 28, 2009

Ramadan. Day 7.

sedar tak sedar dah seminggu kita posa. dan aku baru sedar yang aku tak pernah ponteng lagi semenjak suku abad aku hidup kat dunia ni (dah tua rupanya aku).dan aku juga sebenarnya baru sedar dari tidoq ni. ngantuk bai. bangun sahoq pukui 5. nak tidoq terlepaih suboh pulak. bila dah terlepaih suboh, terlepas kuliah suboh dari mulut mak aku.seboleh-bolehnya elakkan la sebab mak aku punya kuliah bukannya ada time limit. free of charge (cakap suka hati dan ambik la banyak masa pun).

aku sedar ni pun sebab hari ni hari jumaat. kalau tak pergi, bermula la khutbah jumaat di rumah. kalau kat masjid, boleh sandaq kat dinding lepaih tu lena. kalau kat umah? 

time-time ujan macam ni memang syahdu dan rahmat kalau dapat dipergunakan sebaik mungkin (tidoq la tu).lagipun, bulan posa ni kalau tidoq dapat pahala. bila lagi nak dapat pahala free ni kan. tidoq pulak tu.

ok la. aku pun dah tak tau nak taip apa lagi. aku pun baru sedar aku banyak cerita pasai tidoq rupanya (nampak sangat aku kaki tidoq). 

sekian. lepas jumaat aku memblog balik (kalau aku tak tidoq).