Monday, August 31, 2009

merdeka di bulan puasa

aman damai dan sunyi sepi malam tadi. bunga api pun letup sayup-sayup ja malam semalam. tiada "LIVE dari KL" dan aku tidoq awai semalam. bosan. tapi, baguih gak merdeka macam ni. low profile dan penuh keinsafan ( i'm not trying to be alim or what, ok? ).

dulu aku merdeka di bangunan gelap sesak yang dihiasi dengan lampu-lampu yang menjulingkan mata dan disertakan dengan dentuman-dentuman bunyi yang akan membawa aku terbang sekiranya aku pejamkan mata. laungan "Merdeka!" disambut dengan tangan dijulang tinggi memegang minuman berpercent dan semua lapisan kaum disitu ( bukan hanya 3 bangsa tetap saja ) menyambut hari kebebasan dengan bebas sekali ( kata merdeka.. )


memang best.


itu cerita dulu. sekarang aku dah tak layak nak layan. dah tua kot. 

dah. aku nak layan konsert Sudirman sat kat tv3. rare woi....